Saidha
Sejarah Penglibatan SABA ISLAMIC MEDIA SDN. BHD
Atas dasar prihatin dan kemanusiaan dalam Islam, Saba Islamic Media Sdn. Bhd, melalui yayasan di bawah biayaannya iaitu Islamic Information & Services Foundation (IIS), pernah terlibat dengan secara langsung, bersama-sama dengan NGO-NGO Islam yang lain (seperti ABIM, JIM, IMAN, PPIM, MACMA, PERMIN) di Malaysia, dalam membantu mengurangkan impak negatif dari kes-kes deraan pembantu rumah.
Contoh: SABA, PPIM dan badan-badan Islamic NGO yang lain telah terlibat dengan cara langsung dalam membantu menangani kes kezaliman keatas pembantu rumah Muntik suatu ketika dahulu. Kutipan dana serta sumbangan yang dibuat telah berjaya meringankan beban keluarga beliau yang menghadapi masaalah kewangan kerana ketiadaan perlindungan asas.
SABA telah berkesempatan berbincang perihal pembekuan pembantu rumah dari Indonesia, dengan Atase Ketenagakerja Indonesia (Atase), bagi tujuan mencari jalan penyelesaian terbaik. Pihak Atase telah secara terbuka berkongsi maklumat dengan pihak SABA, dan telah memberi cadangan-cadangan bernas yang dengan cara langsung telah memberi ransangan kepada pihak SABA untuk mengusahakan yang terbaik bagi mewujudkan satu sistem penyelesaian jangka panjang yang adil, menyeluruh, efektif dan tidak meletakkan beban kewangan keatas mana-mana pihak.
Khas bagi tujuan ini, SABA telah menubuhkan Saba Islamic Domestic Help Advisory Sdn. Bhd (SAIDHA), untuk memantau dan menangani isu-isu berkaitan pembantu rumah Indonesia, bersama dengan pemantuan sedia ada oleh berbagai pihak di Malaysia dan juga pihak Kedutaan Indonesia.
Sehubungan dengan itu, SAIDHA bersama-sama beberapa NGO-NGO lain melancarkan satu program, H.E.L.P.E.R (HAL EHWAL PEMBANTU RUMAH INDONESIA). Antara objektif program ini adalah:
- Mengatasi masaalah pembekuan pengambilan amah dari Indonesia.
- Membaiki mutu kerja dan tahap perkhidmatan amah dari Indonesia melalui program orientasi dan latihan amali.
- Menyediakan perkhidmatan perlindungan insuran berkumpulan yang kompetitif.
- Menyediakan perkhidmatan perbankan untuk menentukan bayaran gaji yang terurus dan berterusan, lengkap dengan kemudahan penghantaran wang yang selamat dan kompetitif.
- Memantau kesejahteraan dan keselamatan amah (termasuk “violence watch”) serta mengambil langkah-langkah perlu bagi membantu dalam melindungi mereka-mereka yang teraniaya.
- Menasihati dan membantu dalam melindungi hak amah.
- Menasihati dan membantu dalam melindungi hak majikan.
Sila lawati www.saidha.com.my untuk keterangan lanjut.




Posted under: 